Thursday, March 17, 2016

16.11.2013



Salam 'alayk,

belek2 lappy pink comel tuh, jumpa ni. to anak2 ibu...

16.11.2013

Assalamualaikum.

Anak ibu dah 29 minggu start hari Khamis lepas. Ibu syukur sangat. Ibu nak jadi ibu kepada 2 orang anak ibu, anak ibu dah sepasang. Abang Qayyum dah tunggu ibu kat sana. Hopefully, ibu boleh jadi ibu yang baik untuk kamu berdua sayang. 

Abang Qayyum pergi hadap Illahi masa ibu tunggu hari nak lahirkan dia. So ibu rasa sangat down dan sedih. Sebab ibu sangat2 excited nak jadi seorang ibu. Anak sulung memang lebih excited. First experience in life sayang, but Allah lebih sayangkan abang, Dia ambil abang dari ibu, sebagai peringatan kepada ibu and ayah, buat amalan baik di dunia ni. Untuk bekalan di akhirat nanti, ibu tahu, Allah sayangkan ibu sebab tu Dia ambil abang Qayyum tunggu ibu kat syurga. Kalau tak, ibu tak tahu macam mana nak lenyapkan dosa-dosa lampau ibu, ibu rasa taubat ibu masih tak mencukupi

Allah lebih mengetahui sayang, mula-mula ibu sedih sangat, and ask why this happen to me? Why me? Kenapa bukan orang lain,. Allah, ibu sangat jahil, ibu tak nampak Allah sayang ibu dan ayah sebab tu Dia bagi dugaan ini.

Anak ibu, honestly, ibu lupa untuk bersyukur atas nikmat Allah beri, ibu lupa yang semua dalam dunia Allah yang punya, ibu lupa Allah yang berkuasa atas hidup dan mati kita, even perkara sekecil zarah dan lebih kecil dari zarah semua Allah tahu. Allah yang cipta sayang, ibu lupa, ibu lagho dengan nikmat dunia ni, ibu lupa syukur sayang. Jahil sangat-sangat

Alhamdulillah Allah bagi peluang ini untuk ibu tebus semua kesalahan ibu, dan sejujurnya untuk berubah ke arah yang lebih baik tidak semudah disangka. Ibu kena lawan perasaan dan nafsu diri sendiri, itu yang paling mencabar, bila kita dah cuba berubah ke arah yang lebih baik, ada saja dugaan Allah kasi untuk test kekuatan iman, dan itu sebenarnya untuk lebih dekatkan ibu dengan Allah,

Ibu sedar akan dugaan-dugaan itu tapi kadangkala ibu kalah juga dengan hasutan nafsu sendiri, Allah.. lemahnya ibu,

Anak ibu, ibu selalu doa supaya kamu dapat ibu lahirkan dan umur kamu panjang. Ibu tak sanggup kehilangan lagi, ibu selalu doa kamu sihat. Jadi anak solehah ye sayang. Ibu dan ayah sayang kamu sangat2.




No comments:

Post a Comment