Thursday, March 17, 2016

16.11.2013



Salam 'alayk,

belek2 lappy pink comel tuh, jumpa ni. to anak2 ibu...

16.11.2013

Assalamualaikum.

Anak ibu dah 29 minggu start hari Khamis lepas. Ibu syukur sangat. Ibu nak jadi ibu kepada 2 orang anak ibu, anak ibu dah sepasang. Abang Qayyum dah tunggu ibu kat sana. Hopefully, ibu boleh jadi ibu yang baik untuk kamu berdua sayang. 

Abang Qayyum pergi hadap Illahi masa ibu tunggu hari nak lahirkan dia. So ibu rasa sangat down dan sedih. Sebab ibu sangat2 excited nak jadi seorang ibu. Anak sulung memang lebih excited. First experience in life sayang, but Allah lebih sayangkan abang, Dia ambil abang dari ibu, sebagai peringatan kepada ibu and ayah, buat amalan baik di dunia ni. Untuk bekalan di akhirat nanti, ibu tahu, Allah sayangkan ibu sebab tu Dia ambil abang Qayyum tunggu ibu kat syurga. Kalau tak, ibu tak tahu macam mana nak lenyapkan dosa-dosa lampau ibu, ibu rasa taubat ibu masih tak mencukupi

Allah lebih mengetahui sayang, mula-mula ibu sedih sangat, and ask why this happen to me? Why me? Kenapa bukan orang lain,. Allah, ibu sangat jahil, ibu tak nampak Allah sayang ibu dan ayah sebab tu Dia bagi dugaan ini.

Anak ibu, honestly, ibu lupa untuk bersyukur atas nikmat Allah beri, ibu lupa yang semua dalam dunia Allah yang punya, ibu lupa Allah yang berkuasa atas hidup dan mati kita, even perkara sekecil zarah dan lebih kecil dari zarah semua Allah tahu. Allah yang cipta sayang, ibu lupa, ibu lagho dengan nikmat dunia ni, ibu lupa syukur sayang. Jahil sangat-sangat

Alhamdulillah Allah bagi peluang ini untuk ibu tebus semua kesalahan ibu, dan sejujurnya untuk berubah ke arah yang lebih baik tidak semudah disangka. Ibu kena lawan perasaan dan nafsu diri sendiri, itu yang paling mencabar, bila kita dah cuba berubah ke arah yang lebih baik, ada saja dugaan Allah kasi untuk test kekuatan iman, dan itu sebenarnya untuk lebih dekatkan ibu dengan Allah,

Ibu sedar akan dugaan-dugaan itu tapi kadangkala ibu kalah juga dengan hasutan nafsu sendiri, Allah.. lemahnya ibu,

Anak ibu, ibu selalu doa supaya kamu dapat ibu lahirkan dan umur kamu panjang. Ibu tak sanggup kehilangan lagi, ibu selalu doa kamu sihat. Jadi anak solehah ye sayang. Ibu dan ayah sayang kamu sangat2.




Saturday, November 21, 2015

4th Anniversary

Salam 'Alayk.

29 Oct 2011 - 29 Oct 2015.
Syukur 4 tahun dah usia jadi isteri.
Alhamdulillah atas segala dugaan Allah turunkan, senang susah kami sama2 harung.

Pengalaman mendewasakan. Hihi. Its totally change when you're married. Nah ibu belanja gamba satu.

Masa ni preggy da 36w 3hari.
Pagi2 wefie. Qisya tido. 

Kebetulan haritu checkup baby AQ, last checkup la kononnye. Dengan semangat pi klinik. Bila turn jumpa Dr, lg semangat coz Dr nak scan guna scan machine baru..hihi.. Nak tgk kot2 nampak jantina la kan.

Suprisingly Dr scan detail and said. Baby kecikla.. And lg seram Dr kate air ketuban awak da kurang ni. Borderline 7/10. Admit wad la ye, kita monitor awak. Baby awakpun kecik takut jadi apa2 nanti.

Shocked, xtau nak kate ape, nak mintak balik pon Dr x kasi. Nak nangis pon iye sbb x prepare pape. Kerja melambak lg. Where to start. What to do? Husband pon xtau lg. Waaarrgh!!!

Terus balik tempat kerja, kemas barang and call husband. Mintak husband balik and hantar pi spital (tmpt kerja sendiri).

Bermulalah episod duduk kat wad seminggu.. Huhuhu... Sebab 37w nak induce terus. Hari khamis hari anniversary tu masuk. Hari Khamis 5hb Nov minggu depan baru discharge. Dah bersalin. Uri lekat pulak. Stgh jam tggu uri keluar. Batuk2 pon x keluar jugak and lastly masuk dewan bedah tuk diseluk. What an experience.

Hikmah mmg x nmpk. Selalu doa Allah jgnlah bagi sakit yg x boleh ditanggung. Masa masuk tiub a.k.a belon bukak 3cm sakit sikit je. Bila belon da jatuh sakit tu hilang. Last choice masuk pitocin(induce) kat tgn. Sakitnya Allah saja yg tahu. Sakit sgt cmtu pon baru bukak 4cm. Dr said lg 4 jam baru check jalan lg. Masa 4cm tu pukul 4.30. Nak tggu 8.30 tu Allah... Lambatnye baby nk keluar. But by 8.00 malam ase nak teran. 8.05 Awna Qalbina lahir.

Alhamdulillah Allah bg dugaan. Akhirnya Awna selamat lahir. Comel je. 2.12 kg. Kecik sikit dari kakaknye. Moga anak2 ibu ni jadi anak solehah. Amiin




Sekian Lama!

Salam 'Alayk

Ya Allah. Berhabuk sudah blog ni.. 
Heheh! Nohal xde org bace pon.. sendiri bace.
Tp xpe. InsyaAllah nanti anak2 i boleh bace.. haha!! Ye2 jekan.

So many things had happened.
Last post pasal skve kan. Skang da x nanes da. Da haibat bawak kereta lalu sane. Cuma baru2 ni tol naik. Nanes jugakla siyes!! Nanes. Rase cam terhimpit sgt ngan dunia ni nowadays. Everything went expensive. Nak makan pon fikir 2 3 kali. Mmg beli pape tuk anak2 je.

Bos dah pindah bulan sepuluh haritu. 
Xtau rasa apa. Sedih2 jugak. Bos sporting.
Bos baru julung2 kalinye pompuan. 
Alhamdulillah.. Bos sgt baik. Macam mak. Understanding, Soft spoken.Moga boleh kerjasama sampai bila2.



Qisya and Qalbina.
Sisterhood.
Qisya masa ni 1thn10bln.

Qisya dah banyak akal u know. Da pandai sebut ibu ayah nenek atok mama bapak acu kakak abam.

Dah 10 bulan dok Jenjarom. Alhamdulillah masuk rumah baru dapat rezeqi Allah. It was unexpected.
Qisya baru setahun 2 bulan mase dapat tahu dia akan jadi kakak. Kecik lg mmg x faham ape. Meragam je. Nk melekat ngan ibunye. Masa ni baru nmpk kemanjaan dengan ayah dia. Even kena tegur nangis dia mcm kne pukul. Syahdu sangat.
But bila adik dia da kuar.. Sgt2 manja ngan ayah. Kalau ada ayah dia semua org x boleh pegang dia. Semua ayah dia yg kena buat. Adui. Sian anak ibu.

Start dah panggil Qisya kak long. I am in a feeling of denial to call her that because she had a brother. So i often call her Qisya instead and i don't feel guilty. Maybe i'm just a mother who misses her child. But i do my best not to make Qisya feel neglected. I love her so much and  hope she can be a good sister to her adik.

Awna Qalbina binti Yajid
Tada.. Awna adik Amanda. Post pasal dia akan dtg. Pengalaman lahirkan dia was totally different.

Alhamdulillah3.
Okbai. Sampai sini dulu. Haha

Sunday, March 29, 2015

Jenjarom - Serdang

Salam 'alayk

25 minit lalu SKVE. 1 jam lalu Dengkil. Nangis.. Try bawak dari putrajaya .. Tgh2 jalan Qisya tido.. Maknye nangis.. Napela jauh sgt ni..  Putrajaya 10 minit je pi Serdang. Hamekla kau. Hahahahha! Sekarang tiap2 mggu kena topup TnGo. Tiap2 mggu kena isi minyak.. Ngeluh x baik kan. Allah dah kasi rezeki. Bukan satu.. Banyak. Syukur la Bazlin ui..

Alhamdulillah jiran baik. Setakat ni xde masalah bawak Qisya Amanda. InsyaAllah.. Allah permudah selalu.

Kat opis bos nak pindah dah.. Pastu ade ura2 yg ganti cam garang.. Waaaa nak pindah jugak rasenye. Tapi nk pindah byk kena fikir. Qisya Amanda kena pindah taska or carik pengasuh. Nak drive pi tempat lain pulak.. Allah. Permudahkanlah.. Jangan persulit.

Monday, March 9, 2015

Qisya songsang

Salam 'alayk
Huish.. Qisya is a straight gegel ok. Nak cerita masa Qisya dalam perut dia songsang sampai dia 38 minggu.
Kisah tu ada dalam entri sebelum² ni. Tapi nak kongsi doa yang saya amalkan tuk betulkan kedudukan Qisya mase tu.
Kak ipaq saya sms husband soh bacakan surah Al-Insyirah atau Surah Alam Nasyrah dengan niat kerana Allah minta Qisya pusing pada kedudukan yg betul. Buat 3 or 7 kali pusing arah lawan jam.
Saya sendiri baca doa dari buku Ustaz Harun Din dengan niat yg sama. Semuanya kerana Allah. Letakkan pengharapan kepada Allah sahaja.
Alhamdulillah. Allah tolong. Sebelum masuk wad Qisya da pusing so sy dapat merasa melahirkan kali kedua secara normal.
Semuanya kerana Allah. Alhamdulillah.

Thursday, February 19, 2015

Qisya Tateh!

Salam 'alayk

Alhamdulillah.. Baru buat entri pasal Qisya x jalan lagi. Semalam pengasuh ckp anak dah jalan satu dua tapak. Sampai umah ajak jalan dia jalan. Begenang jugakla air mate.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Tuesday, February 17, 2015

Cepatlah Jalan

Salam 'alayk

Qisya dah setahun and InsyaAllah esok setahun sebulan sehari. Saya risau sebab masih x berjalan lagi. Tgk baby2 sebaya dia semua ligat dah berjalan. Kalau dah jalan bolehla dapat adik. Bhahaha!, joking.

Bila dtg risau mulala maknye ni citer sana citer kat kawan kat family. Risau anak tu camni anak tu camtu.

1. Risau berat badan. Graf x cantik
B.M.I turun. Tinggi ok. Berat x cantik. Pendapat org semua buat saya risau.

2. Dah setahun x jalan jalan lagi. Baby2 baya dia seme dah dapat kaki. Sebok nak jalan. Dia soh tateh pon malas. Haritu ada gak nampak dia tateh setapak dua pastu merangkak balik. Letak kaki atas rumput pon dia geli hahah!!

Then try google kot ade tips2 boleh cepatkan jalan. Hmmm rasa sayu pulak sbb bila baca entry2 mak mak lain mostly said jgn pakse anak. Jgn stress. Perkembangan anak lain2 but galakkan anak tu berjalan.

Relief kerisauan saya. Sedih pulak dok paksa2 dia jalan. Im sorry baby.
p.s. Nikmatilah every moment dgn anak tu. Harap org bantu mmg frust. Allah Maha Kuasa. Makhluk xde kuasa ok Nor Bazlin!